
30 July, 2009
DE Saratok menyampaikan sijil kepada Frankie Lugom iaitu pelajar Ijazah Kejuruteraan Awam dari KUITHO Johor yang menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di JKR Saratok.
Banyak pengalaman baru yang beliau perolehi dari JKR Saratok. Terima kasih Frankie. Semoga anda cemerlang dan maju jaya dalam kerjaya nanti.
27 July, 2009
HOORAY!!! Jalan Supok Bratong Dah Bagus
Masalah Jalan Supok Bratong yang rosak, berlopak besar serta berpaya (yang telah berkurun lamanya) akhirnya telah pun selesai. Pada penghujung bulan Mei, 2009, Team DE Saratok telah membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja membaiki jalan dan membina parit di bawah pengawasan JKR Daerah Saratok dengan peruntukan dari Pejabat Daerah Saratok
Hooray!! Wahid, Hj Porzan, Marshall dan DE Saratok bergambar dekat parit dicaj yang telah dibina untuk mengalirkan air dari parit jalan terus ke sungai berdekatan. Hj Porzan yang paling gembira sebab projek ini diselia oleh beliau.
Sistem perparitan di tepi jalan juga telah diperbaiki
Masalah sudah selesai, jalan raya dalam keadaan baik
Bye-bye "kolam jalan". Tiada lagi masalah di sini
DEKAT BAWAH INI BEBERAPA GAMBAR SEBELUM KERJA MEMBAIKI JALAN DAN MEMBINA PARIT
***************************************************************************
Inilah gambar semasa pemeriksaan keadaan jalan pada 4 Mac 2009
23 July, 2009
Butterfly
15 July, 2009
"Branstorming" untuk Cadangan Projek Agropolitan Saratok (08.07.2009)
30 June, 2009
18 June, 2009
Pemeriksaan Cerun Runtuh Di Lempa, Ulu Awik, Saratok
15 June, 2009
Final Day of Practical Training for Politeknik Students
Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Di Saratok
YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Jabatan di Saratok pada 12 Jun 2009 di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok.
13 June, 2009
Kenangan Dengan Pakar Cerun, Dr Che Hassandi
Salah seorang Jurutera yang pakar dalam bidang cerun di Malaysia ialah Dr. Che Hassandi. DE Saratok telah berpeluang mengikuti kursus cerun yang beliau anjurkan di Kelantan pada bulan Ogos, 2008

(Dr. Che Hassandi no. 3 dari kanan, diapit oleh DE Saratok dan Aaron Gorino)
Kami bergambar ketika menjalani praktikal di salah satu cerun di jalan ke Gua Musang. Saya dengan Aaron saja dari JKR Sarawak pada masa itu
10 June, 2009
Wira & Wirawati PLKN Kem Bukit Saban Melawat JKR Saratok


Selepas tamat taklimat di pejabat, mereka terus dibawa ke Loji Perawatan Air Lichok. Loji inilah yang membekalkan air untuk Daerah Saratok
07 June, 2009
Gambar-Gambar Hari Gawai Dayak
Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua. Tahun 2009, DE Saratok menyambut Hari Gawai mula-mulanya di rumah panjang Mrs di Spuna, Jalan Ulu Paku, Betong dan kemudian di rumah panjang sendiri di Nanga Pek, Rimbas, Debak

(Depan Dari kiri: Blogger Pala Tangga, DE Saratok, Blogger Apaienduq)
Pertemuan blogger-blogger dari Ng Pek
Subscribe to:
Posts (Atom)