
19 April, 2011
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dilangsungkan pada 16.04.2011. Daerah Saratok mempunyai dua kawasan DUN.
Tahniah diucapkan kepada YB Tuan Haji Abdul Wahab bin Aziz dari Barisan Nasional telah menjadi pilihan di N33 Kalaka. Beliau akan meneruskan perancangan pembangunan di kawasan Kalaka. Manakala pilihan rakyat Krian di N34 ialah YB Ali Biju dari Parti Keadilan Rakyat. Selamat mentadbir dan memajukan infrastruktur kawasan Krian. Tunaikanlah segala janji-janji semasa pilihanraya.
Selamat Maju Jaya YB
13 April, 2011
BONUS FOR SARATOK DISTRICT FROM PM
Thanks to PM for approving naiktaraf Jalan Ulu Krian, naiktaraf Jalan Ulu Awik and The construction of New Water Treatment Plant at Kaki Wong (will supply water to Ulu Awik, Ulu Krian, Kaki Wong/Babang, Melupa Tengalat/Bajau) during Tinjauan Mesra on 11 April, 2011....VERY BIG BONUS for Saratok District given by the Government.
07 April, 2011
12 March, 2011
06 March, 2011
Takziah Kpd YB Tuan Jelaing Mersat
Blog DE Saratok merakamkan ucapan Takziah kepada Yang Berhormat Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia di atas pemergian isteri beliau pada 3 Mac, 2011.
Blog DE Saratok Kembali Aktif
Setelah sekian lama tidak aktif, kini Blog DE Saratok akan kembali aktif dengan perkembangan terbaru.
25 May, 2010
SELAMAT HARI GAWAI DAYAK 2010
DE Saratok mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2010 kepada semua yang datang melawat BLOG DE SARATOK.
Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua!
27 February, 2010
28 December, 2009
17 November, 2009
05 October, 2009
Pemeriksaan Keadaan Sumber Air Graviti di Kawasan Babang
Pada 24.09.2009 yang lalu, pihak JKR Daerah Saratok telah dibawa oleh Tuan Kunsil Saratok untuk meninjau serta memeriksa keadaan sistem perbekalan air graviti bagi kawasan Babang. kami terpaksa meredah hutan berbukit selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke empangan.
Rombongan kami seramai 20 orang termasuk penduduk-penduduk kampung dan juga empat ekor anjing
Berhenti sebentar sambil mengambil bacaan GPS di kebun lada
Sudah sampai ke empangan, sedang berehat keletihan
Inilah keadaan empangan untuk bekalan air graviti yang telah bocor pada bahagian dasarnya dan tidak mampu menakung air lagi. Inilah puncanya air paip tidak dapat disalurkan ke rumah.
Empangan ini memerlukan penyelenggaraan segera.
Kami ada membawa bekalan "sang kancil" hasil buruan Tuan Kunsil malam sebelumnya sebagai lauk untuk makan tengahari. Bekalan makanan lain juga dibawa bersama.
Seorang rakan sedang memotong daging sang kancil tadi
DE Saratok(baju merah belang hitam) bersama Tuan Kunsil(baju hitam) tengah relax sambil menunggu menu sang kancil masak dalam buluh (pansuh) siap disediakan
27 September, 2009
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Membuat Tinjauan Ke Loji Perawatan Air Lichok (17.08.2009)
Selepas lawatan ke projek pembinaan Pejabat Daerah Saratok (4.30pm), Setiausaha Kerajaan negeri Sarawak, YB Datuk Morshidi Ghani terus membuat tinjauan ke Loji Perawatan Air Lichok yang terjejas teruk akibat masalah musim Kemarau yang menyebabkan bekalan air di Daerah Saratok terjejas.
YB Datuk Morshidi berjalan keluar dari bangunan utama loji menuju ke pam air mentah
Saya (tengah) sedang memberi penerangan berkenaan keadaan sebenar sumber air mentah kepada YB Datuk Morshidi sambil diperhatikan oleh Jurutera Bahagian Betong
26 September, 2009
Lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Ke Projek Pembinaan Pejabat Daerah Saratok
Pada 17.08.2009, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk Morshidi Ghani telah mengadakan lawatan kerja ke projek pembinaan Pejabat Daerah Saratok yang baru sahaja siap. Ini juga merupakan lawatan kerja pertama beliau ke Daerah Saratok setelah baru sahaja memegang peranan baru tersebut.
DE Saratok bersalaman dengan YB Datuk Morshidi Ghani
DE Saratok memberi penerangan berkaitan projek Pejabat Daerah Saratok kepada YB Datuk Morshidi
Memeriksa Kamar Majistret
YB sedang memerhati hasil kerja
Selepas selesai pemeriksaan terhadap bangunan yang baru sahaja siap, YB Datuk Morshidi mengambil kesempatan untuk memberi amanat serta kata-kata peransang untuk Ketua-ketua jabatan yang hadir.
Sedang menikmati jamuan yang disediakan sambil berbincang
Para hadiri juga turut menikmati jamuan yang disediakan
Cenderahati penghargaan kepada YB disampaikan oleh SAO Nazari
17 September, 2009
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
DE Saratok mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009 kepada semua yang beragama Islam yang datang melawat BLOG DE SARATOK.
Maaf Zahir Batin
21 August, 2009
Lawatan YB Datuk Amar Awang Tengah Ke Saratok (13.08.2009)
04 August, 2009
Gotong Royong Lagi
Gotong Royong pada 30 Jun 2009 memberi fokus ke bahagian luar pintu masuk JKR Saratok
Lawatan Ke Tapak Agropolitan, Jalan Ulu Awik Saratok
Pada 10 Julai 2009, Ketua Unit RRDU JKR Ibupejabat iaitu Engineer Mohd Sabari bin Shakeran telah mengadakan lawatan ke kawasan projek Agropolitan di Jalan Ulu Awik bersama dengan DE Saratok dan beberapa kakitangan lain yang dari JKR Saratok dan JKR Betong. Wakil dari Pejabat Daerah Saratok juga turut serta.
Ketika di Rh Lie, Sedang memerhati peta kawasan yang penanaman getah oleh RISDA
Appreciation To All My Blog Followers
Thank you very much to all my blog registered followers. Now there are 65 followers.
Muchas Gratias!!
Enjoy the above song, "Satu Bangsa Satu Arah = SATU MALAYSIA"
Subscribe to:
Posts (Atom)