
Sebelum Hari Gawai iaitu pada 27 Mei 2009 (8.30pagi), satu rombongan seramai 60 orang pelatih dan 4 orang jurulatih PLKN Kem Bukit Saban, Betong telah mengadakan lawatan ke JKR Saratok.

Bergambar kenangan di depan pejabat JKR Saratok

Pelatih-pelatih sedang menunggu taklimat bermula

DE Saratok sedang memberi taklimat berkenaan JKR

Bermacam-macam perkara dicerita oleh DE Saratok kepada pelatih PLKN
Selepas tamat taklimat di pejabat, mereka terus dibawa ke Loji Perawatan Air Lichok. Loji inilah yang membekalkan air untuk Daerah Saratok

Dekat water intake, tempat pengambilan air mentah dari Sg Seblak

Pelatih dibawa melihat proses rawatan air di sekitar loji

Beberapa peringkat rawatan air perlu dibuat sehingga menjadi air yang selamat untuk diguna

Banyak juga soalan .....penat juga DE Saratok melayan mereka

Macam biasalah, Buku Pelawat wajib diisi oleh Pelawat

Mereka sedang memberi tepukan terima kasih. Semuanya nampak gembira

Sebagai tanda penghargaan, DE Saratok menerima cenderahati dari Cik Malia, Ketua Rombongan
0 comments:
Post a Comment