Related Posts with Thumbnails

05 October, 2009

Pemeriksaan Keadaan Sumber Air Graviti di Kawasan Babang

Pada 24.09.2009 yang lalu, pihak JKR Daerah Saratok telah dibawa oleh Tuan Kunsil Saratok untuk meninjau serta memeriksa keadaan sistem perbekalan air graviti bagi kawasan Babang. kami terpaksa meredah hutan berbukit selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke empangan.


Rombongan kami seramai 20 orang termasuk penduduk-penduduk kampung dan juga empat ekor anjing


Berhenti sebentar sambil mengambil bacaan GPS di kebun lada


Sudah sampai ke empangan, sedang berehat keletihan


Inilah keadaan empangan untuk bekalan air graviti yang telah bocor pada bahagian dasarnya dan tidak mampu menakung air lagi. Inilah puncanya air paip tidak dapat disalurkan ke rumah.
Empangan ini memerlukan penyelenggaraan segera.


Kami ada membawa bekalan "sang kancil" hasil buruan Tuan Kunsil malam sebelumnya sebagai lauk untuk makan tengahari. Bekalan makanan lain juga dibawa bersama.


Seorang rakan sedang memotong daging sang kancil tadi


DE Saratok(baju merah belang hitam) bersama Tuan Kunsil(baju hitam) tengah relax sambil menunggu menu sang kancil masak dalam buluh (pansuh) siap disediakan


Chit chat sambil menunggu makanan siap. Kelaparan selepas penat berjalan


Rombongan kami sudah terlalu lapar dan terus menikmat makanan. Eh...memang sedaplah rasanya....

3 comments:

Gold Arawana said...

Wowwww... what an adventurous journey, I really love it.... nda bemalam brader?

cass said...

Sekali sekala manah aktiviti bakatu...hehehe...enda bemalam, tusah lagi

Mr. J @ pengerindu.com said...

amat stidi sidak ia belauk ke pelanduk. akadai , tabas ke ngirup stidi nyak.

Salam Ceria dari Mr J