Satu lagi aktiviti telah diadakan pada 18.04.2009 (Sabtu) di perkarangan Rumah Rehat Kabong. Aktiviti tersebut merupakan Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Parlimen P205 Saratok.
Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu telah disempurnakan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YB Abdul Wahab Aziz, ADUN N33 Kalaka. DE Saratok turut dijemput hadir.

DE Saratok menyambut ketibaan YB Tuan Jelaing Mersat

Kanak-kanak menyelitkan bunga pada baju YB
(Dari kiri: DO Saratok, En. Abg Rabaee Abg Muhi(Pengarah Kemas), YB Tuan Jelaing Mersat(Timbalan Menteri Dalam Negeri), YB Abd Wahab Aziz(ADUN Kalaka) dan En. Sani Mentaril)VVIP yang hadir

Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia menyampaikan ucapan perasmian

Majlis bertambah meriah apabila kanak-kanak Tabika mempersembahkan silat

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang

Penyampaian cenderahati kepada kedua-dua YB

Selepas majlis tamat, DO Saratok dan DE Saratok sempat berbincang dengan YB Tuan Jelaing
2 comments:
Good job madi....Keep it up. We are proud of your good job at Saratok. May God Bless...
TQ cak. Enti bisi mansa saratok nengah jalai darat, ngetu meh ngirup kupi dulu..
Post a Comment