Related Posts with Thumbnails

22 February, 2009

Pemeriksaan Tekanan Air Paip Di Kawasan Kabong

Beberapa aduan berhubung tekanan air paip yang rendah di sekitar kawasan Roban dan Kabong telah diterima baru-baru ini. Oleh itu, sebagai tindakan pantas, Penolong Jurutera Bahagian JKR Betong Engr. Anding Unchi telah mengadakan sessi brainstorming di Bilik Mesyuarat JKR Saratok pada 19.02.2009 untuk mengenalpasti punca dan tindakan penyelesaian.

ADE mempengerusikan sessi brainstorming.

Beginilah layout paip air utama di Daerah Saratok. Pemeriksaan di tapak terus dijalankan serta merta selepas sesi brainstorming


Tangki simpanan utama air bersih di Simpang Roban untuk membekalkan air ke semua tempat di Daerah Saratok


(Dari kiri: saya, Engr Anding Unchi, Pegie Woe, Jugah Japang)
Kami sedang memeriksa ketinggian aras air dalam tangki simpanan.


Paip Air utama yang tertanam berdekatan Jambatan Nyabor kemungkinan pecah disebabkan hakisan tanah.


Sedang membuat "sounding test" berdekatan Jambatan Sg Nyabor untuk mendengar bunyi aliran air. Bunyi air seperti dituang dapat saya dengar, itulah tandanya ada kebocoran sebab paip tidak dipenuhi air 100%


Paip bocor berdekatan Rh Pangei Grigat baru selesai dibaiki


Tekanan air di Pejabat Daerah Kabong adalah baik pada masa itu


Menguji tekanan air di Stesyen Minyak di Pekan Kabong. Air paip juga mengalir laju menunjukkan tekanan air di sini adalah sudah pulih


Inilah tangki air yang digunakan untuk menyimpan bekalan air khas untuk kawasan Kabong


(Dari kiri: saya, Yakup, Jugah, Engr Anding Unchi, Pegie, Yusop, Ajis)
Sempat juga bergambar di Loji Air Kabong selepas habis pemeriksaan....
Selepas kerja-kerja membaiki paip utama di Kpg Nyabor dan Rh Pangei Grigat telah siap pada hari Jumaat (20.02.2009), bekalan air telah berada pada tahap yang terbaik sekarang.

20 February, 2009

Cadangan Awal Memperluaskan Bekalan Air...

Saya telah didatangi oleh pihak dari PS Consultant pada pagi 19.02.2009. Mereka sedang membuat kajian awal untuk memperluaskan lagi liputan bekalan air di Daerah Saratok.

Kami berbincang dan memerhati Peta Saratok untuk melihat kawasan yang perlu diberi perhatian dalam kajian awal mereka.

19 February, 2009

Celcom Sarawak to expand 3G, 2G coverage

Good News For Saratok.......read more at http://www.theborneopost.com/?p=47496

17 February, 2009

Racing Kuda...

Pada hari Ahad yang lalu, 15.02.2009, saya telah berkesempatan menyaksikan perlumbaan kuda di padang Kelab Lumba Kuda Sarawak (Sarawak Turf Club) di Batu 8, Jalan Penrissen Kuching. Inilah kali pertama menyaksikan sukan ini secara "live". Selalunya hanya melihat melalui TV sahaja. Gambar di atas adalah simpang menuju ke padang lumba kuda tersebut.

Bangunan grand stand Kelab Lumba Kuda Sarawak (Sarawak Turf Club)


Pandangan dari sebelah kiri padang

Pandangan dari sebelah kanan padang

Beberapa ekor kuda dan joki sedang dalam perjalanan ke garisan permulaan perlumbaan



Sedang dalam perlumbaan

Bersaing hebat ke garisan penamat

Di garisan penamat

Selepas tamat perlumbaan, beberapa ekor kuda balik ke bangsal


Kuda ini keletihan selepas berlumba

15 February, 2009

Dialog Bersama Ketua Masyarakat di Kabong

Pada 13.02.2009, satu Dialog Bersama Ketua-Ketua Masyarakat di Kabong telah diadakan di Pejabat Daerah Kabong. Tujuan dialog ini ialah untuk memaklumkan kepada mereka bahawa kerja-kerja membersihkan parit jalan raya yang tersumbat di sekitar kawasan Kabong akan dijalankan tidak lama lagi serta membincangkan isu-isu sistem perparitan di sini.


DO Saratok sedang mempengerusikan dialog. SAO Kabong, Nazari dan saya berada di sebelah beliau.

Dalam masa yang sama juga kami memaklumkan bahawa tanam-tanaman mereka di bahu jalan akan musnah akibat laluan mesin pembersih parit. Sebenarnya, bahu jalan adalah kawasan larangan untuk tanaman.

Saya sedang memberi taklimat berkenaan skop kerja pembersihan parit jalan raya JKR kepada Ketua Masyarakat


Jurutera dari DID, IADA dan wakil dari CMS Roads juga dijemput hadir. Banyak soalan telah dikemukakan oleh Ketua Masyarakat semasa dialog.

Mereka sedang khusyuk mendengar penerangan dari Tuan DO Saratok


Selepas tamat dialog, kami terus melawat ke parit bermasalah di depan kawasan pembinaan Balai Polis Kabong.

Kemudian, terus memeriksa parit jalan di kawasan Kpg Nyabor

Bersama dengan SAO Nazari dan Tuan DO Saratok ketika memeriksa sebuah culvert bermasalah di Jalan Nyabor/Sesang.

Hasil dailog amat positif, semua pihak telah memberi kerjasama sepenuhnya.

Discussion On Schedules of Rates and PWD 203

In order to countercheck whether JKR Schedule of Rates 2008 (rates used for estimating the price of construction materials and works) is reasonable as compared to Saratok area, we went through all price lists during our discussion on 10.02.2009. We need to give feedback to JKR HQ before the official release of this Schedule of Rates which will be held the next day in JKR Betong.
We also discussed about Contract Proforma for PWD203, a guide for Federal Quotation and Tender


Practical traineess, from left, Khairul, Adrian, Kazirul and Chin(taking photo) were also involved in the discussion

14 February, 2009

Nadai Ayan Gambar.

Blog aku nadai ayan gambar maia tu. Aku enda nemu nama kabuah ia. Aku ka upload pan enda ulih. Kati baka, kita dia ulih meda gambar ba blog aku kah? Minta feedback enggau komen ari kita. Padah ngagai aku nama utai patut di adu. TQ

10 February, 2009

Courtesy Call by Ir. Awang Ariffin

Pada tengahari 10.02.2009, saya telah dikunjungi oleh rakan-rakan dari Cawangan Bekalan Air JKR Headquarters, Ir. Awang Ariffin Awang Bujang, John Lungan dan Ng Kuang Yaw. Dulu Awang, John dan saya pernah sama-sama bertugas di JKR Samarahan. Mereka dalam perjalanan ke Sarikei untuk menjalankan tugas rasmi di sana. Menurut Awang, inilah kali pertama dia datang ke Saratok.

Best juga lah sebab kami berkesempatan berbincang dan bertukar-tukar pandangan di pejabat saya mengenai hal-hal bekalan air .

Saya mengambil peluang membawa Awang dan geng-gengnya "round round" sekejap di Pekan Saratok.

Sempat juga kami bergambar di landmark Saratok

08 February, 2009

JKR Saratok Assembly

Kena 6.02.2009, bala kami di JKR Saratok bisi ngaga program GENERAL ASSEMBLY ba Bilik Mesyuarat JKR Saratok. Semua kakitangan datai magang. Maioh perkara dipejurai dalam program tu, antara ia ianya pasal OSHA, MS ISO 9001:2000/2004, Security Matters, 5S Policy enggau perkara-perkara bukai ia ke bekait enggau pengawa opis.

Nya slaid powerpoint program tu

Sampal magang bala kakitangan JKR Saratok datai

Benong meri jako perangsang ngagai bala staff. Marshall enggau John Indit duduk ngimbai aku

Bala benong nyinok mending ke utai ditusoi aku

Bala minta pengawa tu digaga suah agi......


Semua staff di asuh bejako magang awak ka ngelatih sida ia bejako ba mua maioh. Macam-macam meh telatah bala....


Udah ambis pengawa, baka selama meh.....makai tengahari

06 February, 2009

Jalan di Saratok Banyak Rosak Akibat Cuaca Buruk........

Akibat cuaca buruk yang berterusan ini, terdapat banyak jalan raya rosak teruk di Saratok. Di antaranya ialah Jalan Ulu Krian, Jalan Ulu Awik, Jalan Kaki Wong Babang dan Jalan Mudong. Saya dan Engineer Abdul Rahim Jamal, CMS Southern Zone Regional Manager telah membuat pemeriksaan pada 4 Februari, 2009 bersama dengan team kami (Peter Engkasan - JKR Saratok; Khoo,Tan, Wong dan Goh - CMS Roads).

Dari kiri: Eng. Abdul Rahim, Mr. Khoo, Mr Tan, Mr. Peter Engkasan dan saya

Kami sedang berbincang di pejabat saya, bertukar-tukar pandangan dan memikirkan strategi untuk menangani masalah jalan rosak disebabkan hujan berterusan. Hasil perbincangan, CMS Roads akan sentiasa bersiap sedia memantau serta memastikan jalan dapat dilalui buat masa ini........

Selepas itu kami terus pergi ke site.........
Berikut adalah antara gambar-gambar yang dapat saya ingin kongsikan bersama.

Jalan Kaki Wong Babang

Jalan amat becak. (tu meh jalai ngagai menua apaiumbart, Tuan Kunsil Saratok)

Bahu jalan runtuh. Ditutup dengan kanvas kalis air untuk mengelakkan terkena air hujan buat sementara waktu.

Air bertakung menyebabkan jalan bertambah becak.

Jalan Ulu Krian

Motosikal mudah tergelincir apabila lalu di sini

Sangat becak. Harap-haraplah cuaca bertambah baik


Tanah runtuh di kawasan Wong Besi. Dalam pemantauan rapi. Keadaan ini hanya boleh dibaiki apabila cuaca baik dan tanah sudah kering dan stabil.



Sukar untuk kenderaan kecil lalu di sini


Jalan Ulu Awik

Keadaan jalan sangat licin dan merbahaya


Ini adalah antara yang paling teruk.


Kenderaan kami terpaksa menggunakan gear four wheel supaya tidak tersekat.


Selepas selesai pemeriksaan keadaan jalan di Saratok, kami berehat dan makan di Gerai Kpg Seberang Sarikei pada malam 5 Februari, 2009.

Dari kiri: Saya (MU FC), Eng. Abdul Rahim Jamal (CMS Road- Liverpool), Mr. Boniface Jirok (CMS Road), Eng. Abu Bakar Mohd. Suhai (CMS Road-Liverpool)

Harapan saya, semoga cuaca akan bertambah baik supaya kerja-kerja membaiki jalan raya oleh pihak CMS Roads dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih atas kerjasama padu mereka......