Pemeriksaan Tekanan Air Paip Di Kawasan Kabong
Beberapa aduan berhubung tekanan air paip yang rendah di sekitar kawasan Roban dan Kabong telah diterima baru-baru ini. Oleh itu, sebagai tindakan pantas, Penolong Jurutera Bahagian JKR Betong Engr. Anding Unchi telah mengadakan sessi brainstorming di Bilik Mesyuarat JKR Saratok pada 19.02.2009 untuk mengenalpasti punca dan tindakan penyelesaian.
Beginilah layout paip air utama di Daerah Saratok. Pemeriksaan di tapak terus dijalankan serta merta selepas sesi brainstorming
(Dari kiri: saya, Engr Anding Unchi, Pegie Woe, Jugah Japang)Kami sedang memeriksa ketinggian aras air dalam tangki simpanan.
Inilah tangki air yang digunakan untuk menyimpan bekalan air khas untuk kawasan Kabong(Dari kiri: saya, Yakup, Jugah, Engr Anding Unchi, Pegie, Yusop, Ajis)
Sempat juga bergambar di Loji Air Kabong selepas habis pemeriksaan....
Selepas kerja-kerja membaiki paip utama di Kpg Nyabor dan Rh Pangei Grigat telah siap pada hari Jumaat (20.02.2009), bekalan air telah berada pada tahap yang terbaik sekarang.


0 comments:
Post a Comment