Related Posts with Thumbnails

30 July, 2009

TQ Frankie

DE Saratok menyampaikan sijil kepada Frankie Lugom iaitu pelajar Ijazah Kejuruteraan Awam dari KUITHO Johor yang menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di JKR Saratok.

Banyak pengalaman baru yang beliau perolehi dari JKR Saratok. Terima kasih Frankie. Semoga anda cemerlang dan maju jaya dalam kerjaya nanti.

Kenangan bergambar bersama Edmund dan Marshall pada 23 Julai 2009

27 July, 2009

HOORAY!!! Jalan Supok Bratong Dah Bagus

Masalah Jalan Supok Bratong yang rosak, berlopak besar serta berpaya (yang telah berkurun lamanya) akhirnya telah pun selesai. Pada penghujung bulan Mei, 2009, Team DE Saratok telah membuat pemeriksaan ke atas kerja-kerja membaiki jalan dan membina parit di bawah pengawasan JKR Daerah Saratok dengan peruntukan dari Pejabat Daerah Saratok

Hooray!! Wahid, Hj Porzan, Marshall dan DE Saratok bergambar dekat parit dicaj yang telah dibina untuk mengalirkan air dari parit jalan terus ke sungai berdekatan. Hj Porzan yang paling gembira sebab projek ini diselia oleh beliau.

Sistem perparitan di tepi jalan juga telah diperbaiki


Tiada lagi aliran air tersekat dan keadaan berpaya di jalan raya

Masalah sudah selesai, jalan raya dalam keadaan baik

Bye-bye "kolam jalan". Tiada lagi masalah di sini

DEKAT BAWAH INI BEBERAPA GAMBAR SEBELUM KERJA MEMBAIKI JALAN DAN MEMBINA PARIT

***************************************************************************

Inilah gambar semasa pemeriksaan keadaan jalan pada 4 Mac 2009

Air bertakung di jalan raya disebabkan parit jalan tersumbat. Jalan rosak teruk.


Sistem perparitan jalan ini akan diperbaiki tak lama lagi


Jalan ini menghubungkan beberapa buah rumah panjang

Cuaca buruk bulan lalu telah menyebabkan keadaan jalan raya bertambah teruk


Keadaan ini jalan raya ini amat teruk

23 July, 2009

Butterfly

BUTTERFLY


Lagu ini ditujukan khas untuk pembaca-pembaca setia Blog DE Saratok.


Semoga terhibur dan bersabar menanti update terkini yang bakal disiarkan.

15 July, 2009

"Branstorming" untuk Cadangan Projek Agropolitan Saratok (08.07.2009)

"Brainstorming" seperti dalam gambar di bawah adalah untuk Cadangan Projek Agropolitan Bukit Sadok: Zon B Daerah Saratok.

Kami memerah otak untuk mengumpulkan cadangan untuk kemudahan infrastruktur di Saratok

DIE HARD SUPPORTER