Related Posts with Thumbnails

29 May, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI GAWAI DAYAK 2009

DE Saratok mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2009 kepada semua yang datang melawat BLOG DE SARATOK.

Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua!

25 May, 2009

Lawatan Engineer Abu Bakar Mohd Suhai Ke Saratok

Pada 25.5.2009, Engineer Abu Bakar Mohd Suhai dari CMS Roads Sdn Bhd Kuching telah datang ke JKR Saratok.

Dari kiri: Wong Chee Seng, Khoo Kim Lung, Tan, DE Saratok dan Engr. Abu Bakar

Sambutan Hari Gawai Bahagian Betong Pada 23 Mei, 2009

Sambutan Hari Gawai Peringkat Bahagian Betong anjuran JKR Betong telah berlangsung dengan amat meriah pada malam 23.05.2009 di Dewan Tan Sri Kalong Ningkan Betong. 133 meja yang disediakan telah dipenuhi oleh orang ramai yang datang dari seluruh Bahagian Betong.
Ketibaan para YB. DE Saratok bersalaman dengan Datuk Douglas Uggah ak Embas, Menteri Alam Sekitar Malaysia

Bergambar bersama Mr. Francis di sebelah kanan (CMS Quarry) dan Dr. Gluma Saban(Setiausaha Sulit Kpd YB Tuan Jelaing Mersat)



(Dari kiri: Betram, DE Saratok, Marshall dan Franklin)
Rakan semeja DE Saratok


Pemenang Pertandingan Kumang.


Gambar close up kumang yang berasal dari Sg Klampai, Saratok


Eee..cantiknya kumang


Pemenang Pertandingan Keling

YB Singgah Sebentar di Rh. Lemong, Mendas, Saratok

Saratok, 23 Mei 2009 jam 4pm: Selepas selesai majlis di Rh Milai, YB meneruskan perjalanan ke Rumah Lemong, Mendas.
YB Datuk Peter Nyarok dipersilakan duduk di ruai Tuai Rumah bersama dengan DE Saratok dan DO Saratok

YB menandatangani Buku Pelawat Rh Lemong


Sesi randau sedang berlangsung (gambar kurang jelas)


Sebahagian daripada tetamu yang hadir


Selepas tamat majlis, sempat juga DE Saratok bergambar bersama En. Jugah(ini merupakan rumah panjai beliau), Tuan Kunsil dan DO Saratok.

ADUN N34 Bersama Penduduk Rh. Milai, Emplaie, Saratok

Saratok, 23 Mei 2009 jam 2pm: DE Saratok telah dijemput untuk bersama ADUN N34, YB Datuk Peter Nyarok bertemu dengan penduduk-penduduk di Rumah Milai, Emplaie.

Penduduk menyambut ketibaan YB

DE Saratok bersama dengan YB dan juga Tuan DO

(gambar tidak berapa jelas)

YB sedang menyampaikan amanat beliau
(gambar tidak berapa jelas)


YB sedang berbincang dengan penduduk

19 May, 2009

Internal Audit MS ISO 9001:2000 di JKR Sarikei

Venue ketiga Team DE Saratok menjalankan kerja audit dalaman MS ISO ialah di JKR Sarikei. Kali ini dua hari sahaja iaitu dari 11 hingga 12 Mei, 2009

Aaron sempat posing di depan Mas Wing sebelum berlepas ke Sibu. Dari Sibu terus ke Sarikei.

Tak terasa pula, selepas dua hari, tugas kami di JKR Sarikei berakhir. Setelah kedua-dua belah pihak puas hati, laporan pemerhatian diserahkan kepada Tuan DE Sarikei, Ir. Tiong King Wei.

Internal Audit MS ISO 9001:2000 di JKR Sibu

Sekembalinya dari JKR Kapit, Team Audit DE Saratok terus menjalankan kerja audit dalaman MS ISO di JKR Sibu selama 2 hari iaitu bermula dari 7 hingga 8 Mei, 2009

DE Saratok mempengerusikan Closing Meeting JKR Sibu

Selepas tamat mesyuarat, DE Saratok menyerahkan laporan hasil pemerhatian audit kepada Tuan DE Sibu, Ir. Vincent Tang Chok Khing

Team DE Saratok Internal Audit MS ISO:9001:2000 Ke JKR Kapit

Team Internal Audit MS ISO 9001:2000 yang diketuai DE Saratok dalam Perjalanan ke JKR Kapit pada 4.05.2009.

Di Wharf Sibu: Aaron, Stephen dan Theresa nak masuk ekspress Kapit


Di sini kami menginap, atas Sugar Bun: Greenland Inn Kapit.


(Dari kiri: Stephen Ung, DE Saratok, Theresa, Aaron)
Inilah Team Kami


Wow bestnya Kompleks Kerajaan Negeri Kapit. Di situlah Pejabat JKR Kapit


DE Kapit, Ir Sudin Jaya sedang mempengerusikan Closing Meeting pada 6.05.2009


DE Saratok sedang membentangkan hasil penemuan audit


DE Saratok menyerahkan hasil pemerhatian internal audit kepada DE Kapit


Selepas habis audit yang dijalankan di Kapit selama 3 hari, kami pun balik ke Sibu. Hampir tertinggal ekspress...

04 May, 2009

Terserempak Dengan Blogger SenayauAku

Ketika berada di Airport Kuching pada pagi 04.05.2009 iaitu semasa dalam perjalanan untuk menjalankan tugas rasmi ke JKR Kapit, saya agak terkejut apabila saya telah didatangani oleh seorang lelaki yang saya belum kenali.

Blogger SenayauAku dan DE Saratok
Ha....sebenarnya dialah Blogger SenayauAku. Dia mengenali saya melalui Blog DE Saratok. Blog telah menambahkan networking saya. Tq SenayauAku.