Related Posts with Thumbnails

26 April, 2009

Majlis Perhimpunan Sivik di Rumah Ayu, Empayang Atas, Kabong

Kabong, 24 April 2009, 3pm : Pejabat Penerangan Daerah Saratok telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Sivik di Rumah Ayu, Empayang Atas, Kabong. Majlis yang diadakan di sebuah rumah panjang Iban sepanjang 36 pintu ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bersama YB Abdul Wahab Aziz, ADUN N33 Kalaka.

DE Saratok bersama YB Abdul Wahab Aziz sementara menunggu ketibaan Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ketibaan YB Timbalan Menteri Dalam Negeri


Jelitawan Rh Ayu menyemat bunga pada baju YB sebagai tanda perhargaan


Puan Norliza Isahak, Pegawai Penerangan Daerah Saratok sedang memberi ucapan aluan


YB Abdul Wahab menyampaikan amanat beliau.
Majlis mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran ramai penduduk Rh Ayu.

Ucapan Perasmian oleh YB Tuan Jelaing Mersat


Antara ketua-ketua jabatan yang hadir


Penyampaian cenderahati kepada YB

Taklimat dan Lawatan ke Tapak Projek PJK/PIAS

Saratok, Rabu, 22.04.2009: YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia telah meluangkan masa untuk membuat pemeriksaan ke atas kemajuan fizikal projek-projek PJK/PIAS di Daerah Saratok. Lawatan YB ke tapak projek diiringi oleh pihak Pejabat Daerah Saratok dan juga JKR Saratok.


Sesi taklimat kepada YB di Pejabat Daerah Saratok sebelum melawat ke tapak


YB berjumpa dengan penduduk di Rh Lemong


Projek jalan premix di Rh Lemong, Mendas masih dalam pembinaan


YB sedang berbincang dengan Tuan Kunsil Saratok, Marshall dan Peter Engkasan di Jalan premix Rh Duat, Ng Asam


Jalan premix di Rh Duat, Ng Asam telah siap


YB berehat sekejap sambil bertemu dengan beberapa penduduk Ng Asam


Beginilah keadaan Jambatan di Rh Linggir Babang yang sedang dalam pembinaan


Jalan di Rh Chendang, Sg Antu telah 60% siap. Menunggu masa untuk diturap


Pembinaan parit di Rh Unggu, Lubok Renit hampir siap


Memeriksa jalan di Ulu Sebetan

18 April, 2009

Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Saratok

Satu lagi aktiviti telah diadakan pada 18.04.2009 (Sabtu) di perkarangan Rumah Rehat Kabong. Aktiviti tersebut merupakan Majlis Perasmian Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Parlimen P205 Saratok.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu telah disempurnakan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YB Abdul Wahab Aziz, ADUN N33 Kalaka. DE Saratok turut dijemput hadir.

DE Saratok menyambut ketibaan YB Tuan Jelaing Mersat


Kanak-kanak menyelitkan bunga pada baju YB


(Dari kiri: DO Saratok, En. Abg Rabaee Abg Muhi(Pengarah Kemas), YB Tuan Jelaing Mersat(Timbalan Menteri Dalam Negeri), YB Abd Wahab Aziz(ADUN Kalaka) dan En. Sani Mentaril)
VVIP yang hadir


Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia menyampaikan ucapan perasmian


Majlis bertambah meriah apabila kanak-kanak Tabika mempersembahkan silat


Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang


Penyampaian cenderahati kepada kedua-dua YB


Selepas majlis tamat, DO Saratok dan DE Saratok sempat berbincang dengan YB Tuan Jelaing

17 April, 2009

Program Mesra Rakyat Rumah Robert Lin Kedap, Saratok

Jabatan Kemajuan Masyarakat Betong telah menganjurkan Program Mesra Rakyat di Rumah Robert Lin, Kedap pada 17.04.2009 (2.30pm) yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Jelaing Mersat, MP P205, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia. DE Saratok turut dijemput hadir ke majlis rasmi ini.

Ketibaan YB Tuan Jelaing Mersat

Indu Dara melekatkan bunga


Ngajat khas untuk menyambut kedatangan YB


Kedatangan YB disambut meriah oleh penduduk di Rh Robert Lin yang panjangnya 30 pintu

YB sedang menyaksikan ngajat

Ucapan aluan dan perasmian oleh YB

Tuai Rumah Rh. Robert Lin menyampaikan cenderahati kepada YB sambil diperhati oleh SAO Rangen



Puan Frida Sontik(Pegawai Kemas Betong), SAO Rangen dan DE Saratok sedang menikmati jamuan yang disediakan

Kerja Membaiki Jambatan Sg Krian telah siap

Kerja-kerja membaiki panel jambatan Sg Krian yang telah rosak akibat dilanggar trailer pada tahun lepas (17.11.2008) telahpun siap sepenuhnya. Pemeriksaan bersama telah dibuat di antara JKR Saratok dan Pihak kontraktor PPES Works Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Zulkifli Embong pada petang 16.04.2009.

(Dari kiri: Zulkifli(PPES), Wahid Taiben, DE Saratok dan Peter Engkasan)
Gambar selepas kerja membaiki siap

(Dari kiri: Terrence Wong(JKR HQ), DE Saratok dan Marshall)
Gambar sebelum diperbaiki pada 19.11.2008



Selepas diperbaiki pada 16.04.2009

Sebelum diperbaiki pada 18.11.2008

Pemeriksaan Projek Jambatan Babang pada 15.04.2009

Oleh kerana terdapat keraguan berhubung kayu belian yang digunakan untuk kerja cerucuk untuk projek PJK pembinaan jambatan Babang, pihak Pejabat Daerah Saratok telah memohon bantuan pihak Jabatan Hutan Kuching untuk membantu membuat pengesahan.

Pihak Jambatan Hutan sedang mengambil sampel kayu untuk dibawa ke makmal ujian di Kuching



Sampel diambil dari setiap kayu belian


Keadaan di tapak projek pada ketika ini


Kerja-kerja pembinaan abutment jambatan sedang dijalankan


Ada berita baik diterima petang tadi. Hasil ujian di makmal Jabatan Hutan Kuching menunjukkan kayu-kayu tersebut adalah benar-benar belian seperti mana yang sepatutnya.

Lawatan Bersama Residen Betong Ke Kawasan Agropolitan

Pada jam 10 pagi 9 April,2009, saya turut dijemput bersama Residen Betong, Tuan Romie Sigan Daniel memeriksa beberapa kawasan yang terlibat dalam projek Agropolitan di Jalan Ulu Awik. SAO Michael dari Pejabat Daerah Saratok juga turut bersama.

Tuan Residen sedang menemubual Tuai Rumah Aji (tidak kelihatan dalam gambar)


Ketika berada di Rumah Lie. Tuai Rumah Lie(tengah) sedang menerangkan sesuatu kepada Tuan Residen sambil diperhati oleh Penghulu Ali (paling kiri)

Majlis Penyampaian APC Jabatan Pendidikan di SMK BM Saratok

DE Saratok telah dijemput hadir ke Majlis Penyampaian APC anjuran Jabatan Pendidikan Bahagian Betong yang diadakan di dewan SMK BM Saratok pada jam 9.00pagi. Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Datuk Peter Nyarok ak Entrie, ADUN Krian sebagai penghargaan kepada guru-guru serta kakitangan sekolah yang berprestasi cemerlang.

Ketibaan YB Datuk Peter Nyarok disambut oleh para Urusetia. TuanKunsil Saratok turut memerhati (paling kanan)

Sebelum majlis bermula, DE Saratok sempat berbincang dengan YB Datuk Peter Nyarok

Antara penerima APC ialah bekas guru DE Saratok dulu ketika masih bersekolah di Kolej Tanjong Lobang, Miri iaitu Cikgu Chendang Guang

16 April, 2009

2nd Leg JKR Saratok vs JKR Betong

Perlawanan kedua tahun ini iaitu 2nd leg di antara pasukan JKR Saratok dan JKR Betong telah diadakan di Stadium Mini Saratok pada 08.04.2009
Sebagai tanda penghargaan, DE Saratok menyampaikan cenderahati kepada ADE Betong, Engr Anding Unchi.



Inilah pasukan JKR Saratok. DE Saratok berdiri paling kanan.


Pasukan JKR Betong diketuai oleh ADE Betong, Engr Anding Unchi (berdiri tiga dari kiri)


Warming up sebelum perlawanan bermula


DE Saratok sedang mengawal bola


Keadaan kelam kabut di kawasan pintu gol JKR Saratok


Menikmati jamuan ringan selepas tamat perlawanan. Pasukan JKR Saratok telah tewas lagi .
Untuk melihat gambar-gambar aksi selanjutnya, boleh terus klik blog Tuan Jalai di http://jkrbetong.blogspot.com/2009/04/friendly-football-match-jkr-betong-vs.html