Related Posts with Thumbnails

22 February, 2009

Sambutan Hari Anti Dadah Di Pekan Kabong

Pekan Kabong telah terpilih sebagai pusat untuk Majlis Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Sarawak yang telah diadakan bermula 19 hingga 22 Februari 2009. Pelbagai acara dianjurkan antaranya pertandingan karaoke, forum perdana, senamrobik, poco-poco, gusti lengan, pertandingan memasak, pertandingan bertandak/nopeng dan kemuncak acara ialah Majlis Perasmian pada malam 21 Februari, 2009

Antara VVIP yang hadir. Dari kiri: DE JKR Saratok, Tuan Daniel Supit (DO Saratok), Jasni Hj Jubli(Pengarah AADK Sarawak), YB Tuan Jelaing Mersat, YB Abdul Wahab Aziz, SAO (Kabong) Nazari dan Pemangku KPD Saratok

Persembahan Tarian Jamlu sebagai pembuka majlis

Ucapan aluan oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Sarawak, Tuan Jasni Hj Jubli


YB Tuan Jelaing Mersat, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia menyampaikan ucapan pelancaran majlis


Ha...inilah penyanyi jemputan, Rahmat Ekamatra menyampaikan lagu-lagu hit nya. Eh eh kurus betul lah dia sekarang.


Kemunculan Salem mendapat sambutan yang amat hebat dari penonton. Penuh sesak Pekan Kabong......

Sebagai acara selingan, sebuah tarian di persembahkan oleh penari Kpg Sessang


Dari kiri: Dr Gluma(baju batik coklat), Sjn Loya Seman, SAO Laga dan SAO Michael
Kehadiran penonton amat ramai pada malam itu. Ada yang datang dari Sarikei, Saratok, Roban dan Betong.


Peminat-peminat ini pun tak mahu ketinggalan menyaksikan majlis dari kabel elektrik. Tiket free....

2 comments:

Unknown said...

These special penonton also a very familiar face at Sri Aman. When I thought of Sri Aman, I always thought of this penonton.;))

Adrian Brundang said...

di, lawak mai gak bc extra penonton ukai mensia numpang skaki dia.hahah