Related Posts with Thumbnails

22 February, 2009

Pemeriksaan Tekanan Air Paip Di Kawasan Kabong

Beberapa aduan berhubung tekanan air paip yang rendah di sekitar kawasan Roban dan Kabong telah diterima baru-baru ini. Oleh itu, sebagai tindakan pantas, Penolong Jurutera Bahagian JKR Betong Engr. Anding Unchi telah mengadakan sessi brainstorming di Bilik Mesyuarat JKR Saratok pada 19.02.2009 untuk mengenalpasti punca dan tindakan penyelesaian.

ADE mempengerusikan sessi brainstorming.

Beginilah layout paip air utama di Daerah Saratok. Pemeriksaan di tapak terus dijalankan serta merta selepas sesi brainstorming


Tangki simpanan utama air bersih di Simpang Roban untuk membekalkan air ke semua tempat di Daerah Saratok


(Dari kiri: saya, Engr Anding Unchi, Pegie Woe, Jugah Japang)
Kami sedang memeriksa ketinggian aras air dalam tangki simpanan.


Paip Air utama yang tertanam berdekatan Jambatan Nyabor kemungkinan pecah disebabkan hakisan tanah.


Sedang membuat "sounding test" berdekatan Jambatan Sg Nyabor untuk mendengar bunyi aliran air. Bunyi air seperti dituang dapat saya dengar, itulah tandanya ada kebocoran sebab paip tidak dipenuhi air 100%


Paip bocor berdekatan Rh Pangei Grigat baru selesai dibaiki


Tekanan air di Pejabat Daerah Kabong adalah baik pada masa itu


Menguji tekanan air di Stesyen Minyak di Pekan Kabong. Air paip juga mengalir laju menunjukkan tekanan air di sini adalah sudah pulih


Inilah tangki air yang digunakan untuk menyimpan bekalan air khas untuk kawasan Kabong


(Dari kiri: saya, Yakup, Jugah, Engr Anding Unchi, Pegie, Yusop, Ajis)
Sempat juga bergambar di Loji Air Kabong selepas habis pemeriksaan....
Selepas kerja-kerja membaiki paip utama di Kpg Nyabor dan Rh Pangei Grigat telah siap pada hari Jumaat (20.02.2009), bekalan air telah berada pada tahap yang terbaik sekarang.

0 comments: