Related Posts with Thumbnails

06 February, 2009

Jalan di Saratok Banyak Rosak Akibat Cuaca Buruk........

Akibat cuaca buruk yang berterusan ini, terdapat banyak jalan raya rosak teruk di Saratok. Di antaranya ialah Jalan Ulu Krian, Jalan Ulu Awik, Jalan Kaki Wong Babang dan Jalan Mudong. Saya dan Engineer Abdul Rahim Jamal, CMS Southern Zone Regional Manager telah membuat pemeriksaan pada 4 Februari, 2009 bersama dengan team kami (Peter Engkasan - JKR Saratok; Khoo,Tan, Wong dan Goh - CMS Roads).

Dari kiri: Eng. Abdul Rahim, Mr. Khoo, Mr Tan, Mr. Peter Engkasan dan saya

Kami sedang berbincang di pejabat saya, bertukar-tukar pandangan dan memikirkan strategi untuk menangani masalah jalan rosak disebabkan hujan berterusan. Hasil perbincangan, CMS Roads akan sentiasa bersiap sedia memantau serta memastikan jalan dapat dilalui buat masa ini........

Selepas itu kami terus pergi ke site.........
Berikut adalah antara gambar-gambar yang dapat saya ingin kongsikan bersama.

Jalan Kaki Wong Babang

Jalan amat becak. (tu meh jalai ngagai menua apaiumbart, Tuan Kunsil Saratok)

Bahu jalan runtuh. Ditutup dengan kanvas kalis air untuk mengelakkan terkena air hujan buat sementara waktu.

Air bertakung menyebabkan jalan bertambah becak.

Jalan Ulu Krian

Motosikal mudah tergelincir apabila lalu di sini

Sangat becak. Harap-haraplah cuaca bertambah baik


Tanah runtuh di kawasan Wong Besi. Dalam pemantauan rapi. Keadaan ini hanya boleh dibaiki apabila cuaca baik dan tanah sudah kering dan stabil.



Sukar untuk kenderaan kecil lalu di sini


Jalan Ulu Awik

Keadaan jalan sangat licin dan merbahaya


Ini adalah antara yang paling teruk.


Kenderaan kami terpaksa menggunakan gear four wheel supaya tidak tersekat.


Selepas selesai pemeriksaan keadaan jalan di Saratok, kami berehat dan makan di Gerai Kpg Seberang Sarikei pada malam 5 Februari, 2009.

Dari kiri: Saya (MU FC), Eng. Abdul Rahim Jamal (CMS Road- Liverpool), Mr. Boniface Jirok (CMS Road), Eng. Abu Bakar Mohd. Suhai (CMS Road-Liverpool)

Harapan saya, semoga cuaca akan bertambah baik supaya kerja-kerja membaiki jalan raya oleh pihak CMS Roads dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Terima kasih atas kerjasama padu mereka......

4 comments:

Anonymous said...

Apu balat bala kaban di menoa din ngetat jalai ngenyaik nya! Jalai Kaki Wong Babang ti ko aku nya.

Uchu Keling said...

Buss.. minta tulung SALCRA ngeripair alai nya. Sida pan balat meh ngindik jalai kitai di Saratok dia.

Tak tarred sekali nehh.. baru 30km aja jalai Ulu Krian nya.

Gold Arawana said...

Sad to see there are still lot of these type of roads in Sarawak even after 45 years of indipendence. No more logs, but there are lots of logging tracks used by the poor road users who lives in poverty. The worst is that, these rural plus poor road users have to pay the same RM of road tax paid by the rich plus urban road users.

The most worst is that, the rural folks being shutting off their mouth and ears by "others" who give the wrong informations that we are a develop nation.

A pity road users...

Adrian Brundang said...

nda ulih nda direpair jalai tu ila