Related Posts with Thumbnails

15 February, 2009

Dialog Bersama Ketua Masyarakat di Kabong

Pada 13.02.2009, satu Dialog Bersama Ketua-Ketua Masyarakat di Kabong telah diadakan di Pejabat Daerah Kabong. Tujuan dialog ini ialah untuk memaklumkan kepada mereka bahawa kerja-kerja membersihkan parit jalan raya yang tersumbat di sekitar kawasan Kabong akan dijalankan tidak lama lagi serta membincangkan isu-isu sistem perparitan di sini.


DO Saratok sedang mempengerusikan dialog. SAO Kabong, Nazari dan saya berada di sebelah beliau.

Dalam masa yang sama juga kami memaklumkan bahawa tanam-tanaman mereka di bahu jalan akan musnah akibat laluan mesin pembersih parit. Sebenarnya, bahu jalan adalah kawasan larangan untuk tanaman.

Saya sedang memberi taklimat berkenaan skop kerja pembersihan parit jalan raya JKR kepada Ketua Masyarakat


Jurutera dari DID, IADA dan wakil dari CMS Roads juga dijemput hadir. Banyak soalan telah dikemukakan oleh Ketua Masyarakat semasa dialog.

Mereka sedang khusyuk mendengar penerangan dari Tuan DO Saratok


Selepas tamat dialog, kami terus melawat ke parit bermasalah di depan kawasan pembinaan Balai Polis Kabong.

Kemudian, terus memeriksa parit jalan di kawasan Kpg Nyabor

Bersama dengan SAO Nazari dan Tuan DO Saratok ketika memeriksa sebuah culvert bermasalah di Jalan Nyabor/Sesang.

Hasil dailog amat positif, semua pihak telah memberi kerjasama sepenuhnya.

2 comments:

Gold Arawana said...

Lawat kami di Mukah, chak.

Medak siapa kuat main bol (Futsal). Enti nda betanding sapa kuat makai sago.

Ha ha ha...

cass said...

Apu....manah idea nuan tu. Enti bisi masa ila tau meh arrange. Enti betanding makai sago, aku surrender dulu lah...ni ulih laban org Mukah hahaha....