Related Posts with Thumbnails

05 February, 2009

Bola Bola Bola...

Antara aktiviti kesukaan saya ialah bermain bolasepak dan futsal. Semasa masih bertugas di JKR Samarahan dulu, TERSANGAT BANYAK kenangan dan memori penglibatan saya dalam arena ini. Saya pilih beberapa gambar untuk dikongsi bersama di sini......
******************************************************************************
Gambar di atas diambil di Stadium Mini Samarahan semasa pertandingan antara seksyen Tahun 1999. Masa ini Engineer Abu Bakar Suhai-Boss CMS (yang berdiri berpakaian smart ya) jadi pengurus. Saya duduk di belakang goalie

Gambar di atas ini ialah semasa JKR Samarahan bergabung dengan JKR Sri Aman dalam pertandingan bolasepak Karnival Sukan JKR Tahun 2001 di Stadium Negeri (Saya di sebelah kiri sekali duduk mencangkung, Ir. Aidel Lariwoo dan Jan Mohd Zain pun ada dalam gambar).


Gambar di atas di Stadium Sarawak semasa mewakili JKR Sarawak dalam Piala Setiausaha Kerajaan Negeri pada Tahun 2005 (saya duduk nombor tiga dari kiri).


Ini pun gambar di Stadium Sarawak semasa perlawanan persahabatan Pasukan Pengurusan vs Pasukan Union Samarahan pada Tahun 2006. QS Awang Sharkawi (baju kuning) menjadi Pengurus. Ir. Aidel Lariwoo dan Ir. Wisil Lichok duduk sambil memegang bola. Saya pula duduk paling kiri sekali

Inilah team saya semasa pertandingan futsal antara jabatan di Bahagian Samarahan pada bulan Ogos 2007 di Golden Hawk Futsal Centre Samarahan. Berdiri dari kiri: Hamden, Affendy, Dahari, Saiful. Duduk dari kiri: Fred, Zaki dan Sabarudin. Saya tiada dalam gambar sebab sedang mengambil gambar.



YESSS!!!! Semua tersenyum lebar. Kami Juara Piala Pengarah JKR Sarawak pada bulan April 2007. Engineer Indra Sakti (yang pakai baju no 7 ya) sebagai ketua pasukan.

Gambar ini pula diambil semasa Pertandingan Bolasepak Zon Selatan JKR 4 Penjuru di Stadium Mini Kota Samarahan pada bulan Ogos 2007. Masa ini kami CHAMPION mengalahkan JKR HQ, JKR Kuching dan JKR Sri Aman. DE Samarahan berbaju kuning berdiri dan saya berdiri paling kiri sekali.
Itulah di antara gambar yang boleh dikongsi bersama sebagai kenangan. Saya akan terus bermain bola di Saratok.........

0 comments: